Ni Hao Ma – Khalifah


Nak ku cerita satu cerita
Kisahnya yang bermula
Satu ketika malam menjelma
Gelita oh gelita

Hembusan bayu bertiup laju
Hanya kedengaran bersahutan

Laju basikal ku kayuh laju
Menggigil lutut kakiku
Macam ku dikejar sesuatu

Dan tiba-tiba
Bagaikan ada satu lembaga
Makin hampir aku kepadanya
Rupanya gadis Cina yang membawa timba
Dan pisau torehnya berbasikal tua
Dengan kasut getahnya

Aku pula bertanya
Pada amoi itu ni hao ma (ni hao ma)
Dia senyum ketawa
Sambil berkata hen hau saja (hen hau)

Amoi you siapa nama
Amoi you tinggal di mana
Amoi you umur berapa
Amoi you sudahkah ada yang punya
Saja mahu tanya

Katanya
Lim Su Kim saya punya nama
Tinggal di Kampung Baru Cina
Umur 23 saya belum berpunya

Amoi mari berlumba
Berlumba dengan saya
Kita berlumba dengan basikal tua
Inilah cerita yang nak aku cerita
Amoi dan timbanya
Dan basikal tua

Tiga Kata – KRU


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Katakan aku cinta
Aku cinta kamu
Katakan aku cinta
Aku cinta kamu
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi mengapa runsing meluahkan perasaan
Mungkin mereka tahu
Andainya hari esok
Kita tidak terpisah

Pokok – Meet Uncle Hussain


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok